Menu
Menara_Babel Penceritaan utamaMenurut cerita dalam Kitab Bible, Babel atau Babil (nama yang digunakan dalam bahasa Arab dan Ibrani untuk merujuk Babylon) adalah bandar yang menyatukan seluruh umat manusia yang semuanya bercakap dalam bahasa yang satu dan mereka berhijrah ke timur. Ia juga bandar kepada Raja Namrud, dan merupakan bandar pertama dibina selepas Banjir Besar.
Penduduknya mengambil keputusan bandar ini memerlukan sebuah menara yang hebat sehingga mencecah langit. Bagaimanapun, Menara Babel didapati tidak dibina untuk memuji Tuhan tetapi sebaliknya bertujuan menunjuk-nunjuk kehebatan dan kesombongan manusia terutama mereka yang membinanya seperti yang diceritakan dalam Kitab Kejadian:
“ | Mereka berkata: Ayuh, mari kita bina bandar kita sendiri, dengan sebuah menara yang mencapai ke langit, supaya kita dapat mencipta nama untuk kita sendiri dan tidak terselerak ke merata dunia. - Kitab Kejadian 11:4 | ” |
Menurut kisah, kerana sikap sombong manusia ini Tuhan menurunkan hukuman sehingga mereka tercerai-berai dan tidak boleh memahami bahasa mereka satu sama lain yang pada mulanya satu.
Sindrom Menara Babel ini juga, menurut para sejarawan, mempengaruhi Nebuchadnezzar II membangun Taman Tergantung Babylon di kompleks istananya. Baginda membangun kompleks istana begitu megah, yang sekarang sisa-sisanya masih boleh dilihat, dan memerintah dengan tangan besi. Pada zaman Nebuchadnezzar II, yang memerintah pada tahun 605 SM-562 SM, Babylon mencapai puncak zaman keemasan.
Ayat-ayat 1 hingga 9 dalam bab 11 Kitab Kejadian:
Menu
Menara_Babel Penceritaan utamaBerkaitan
Menara Berkembar Petronas Menara Eiffel Menara Kuala Lumpur Menara Jam Condong Teluk Intan Menara Alor Setar Menara Maybank Menara Putih Thessaloniki Menara Sydney Menara Telekom Menara BabelRujukan
WikiPedia: Menara_Babel http://prpm.dbp.gov.my/ http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=contoh&d=3762... https://kbbi.kemdikbud.go.id/ https://ia800302.us.archive.org/8/items/legendsofj...